Jumlah kes demam denggi pada minggu epidemiologi (ME) ke-51 tahun ini dari 18 hingga 24 Disember meningkat 3.5 peratus iaitu 2,018 kes berbanding 1,950 kes pada minggu sebelumnya.<br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu itu berbanding lima pada minggu sebelumnya.